Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, muncul atlet terawal menyuarakan kesudian serta jaminan awal untuk terus kekal dalam Program Road To Gold (RTG) menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Aniq yang berada dalam program pengkhususan elit negara itu terhutang budi dengan layanan istimewa yang diterimanya sejak berada dalam RTG sejak Oktober 2023.
Meskipun sedar terdapat atlet negara yang menolak tawaran eksklusif RTG sebelum ini, badang negara itu pula mengambil pendekatan untuk kekal dalam program tersebut berdasarkan peningkatan prestasi dirinya.
Aniq muncul satu-satunya atlet angkat berat yang ditawarkan menyertai Program RTG untuk kitaran Sukan Olimpik yang baru dalam misi memburu pingat emas pertama negara di Los Angeles 2028.
"Saya kekal kerana jika bersendirian saya sukar untuk sendiri, dalam RTG banyak mereka bantu. Sebelum ini sebelum Sukan Olimpik, dalam beberapa bulan sahaja mereka sudah banyak membantu.
"Untuk jangka panjang ini, mungkin lebih baik. Perjalanan saya masih jauh, jadi untuk mencapai prestasi tinggi saya perlukan sokongan lebih mantap daripada RTG.
"Saya akan kekal dalam RTG, kerana apa yang mereka beri lebih banyak." katanya.