Skip to main content

Sukan

Bantu kelab di Albania julang piala, Azurin Mazlan kembali perkuat skuad wanita negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azurin_1.jpg
Penjaga gol wanita kebangsaan, Azurin Mazlan yang baru sahaja peroleh kejayaan bersejarah bersama KFF Vllaznia yang menyaksikan beliau memainkan peranan penting dalam memenangi Liga Wanita Albania, kini sudah pun selamat kembali ke tanah air untuk bersama pasukan wanita negara untuk kem latihan kebangsaan. 

Di bawah ketua jurulatih baharu, Joel Cornelli, Malayan Tigress kini dalam persiapan Malayan bagi menghadapi siri perlawanan antarabangsa Tier 1 Tri Nation di Thimphu, Bhutan. Walaupun baru tiba di Kuala Lumpur dan keletihan kerana perjalanan yang panjang dari Albania, Azurin tetap bersemangat bersama sama dengan rakan sepasukan untuk memulakan kem latihan pertama.

“Momentum dari Albania tetap bersama saya. Saya harap pengalaman yang saya peroleh di sana dapat meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan”, perkongsian Azurin bersama Harimau Malaya. Beliau juga menyambut baik kedatangan ketua jurulatih baru, Cornelli disifatkan sebagai titik perubahan buat skuad Malayan Tigress. Tambahnya, biarpun semua agak gementar dengan perubahan tetapi mereka perlu segera adaptasi dengan taktik, gaya permainan dan falsafah yang diterapkan. https://youtu.be/6syU0-sFXz8


 


Untuk rekod, sebelum ini, atlet berusia 24 tahun itu telah membantu Sabah FA menjadi naib juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 dan mara ke Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL). Beliau juga berpengalaman bermain di luar negara seperti Misaka United FC yang berpangkalan di India dan bersama ShF Presingu di Kosovo.

Pengalaman Azurin bermain bersama kelab di luar negara pastinya akan memberi kelebihan kepada skuad wanita kebangsaan ditambah lagi dengan kehadiran pengendali baru, diharap dapat memberi sinar baru buat skuad Malayan Tigress.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video