OLIMPIK PARIS

Bagaimana untuk tonton siaran langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Malaysia

Stadium Astro
Afiq Azfar
17/07/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Bagaimana untuk tonton siaran langsung Sukan Olimpik Paris 2024 di Malaysia
Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan bermula 24 Julai 2024 sehingga 12 Ogos 2024. Ini merupakan cara untuk anda menonton siaran langsung dan sorotan aksi temasya Sukan Olimpik terutamanya bagi atlet Malaysia untuk acara terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, memanah, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.

Cara Untuk Tonton Siaran Langsung (Live Streaming) Sukan Olimpik Paris 2024 di Malaysia

Astro dengan bangganya menbawakan aksi menyeluruh Sukan Olimpik Paris 2024 kepada semua pelanggannya secara percuma bermula 24 Julai sehingga 12 Ogos 2024. Kesemua pelanggan Astro akan menikmati siaran percuma bagi 18 saluran di mana 16 saluran khas Sukan Olimpik dan 2 saluran tersedia Astro Arena (801 & 802) dan Astro akan menbawakan kesemua aksi 32 jenis sukan dalam 392 acara, merangkumi perbincangan dan analisis serta sorotan aksi yang memaparkan momen terbaik temasya sukan terhebat di dunia ini.

Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 Melalui Astro

Semua pelanggan Astro akan mempunyai akses percuma kepada 16 saluran khas untuk Sukan Olimpik Paris 2024 dalam definisi HD dengan 6 daripada saluran tersebut hanya boleh didapati melalui Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (CH 801 & 802) untuk liputan dan komen dalam Bahasa Malaysia.

Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 Melalui Sooka

Saksikan Sukan Olimpik Paris 2024 melalui mana-mana pelan langganan sooka bermula dari RM13.90 untuk 16 saluran khas bagi mana-mana peranti mudah alih. Untuk menonton acara Sukan Olimpik Paris 2024 di TV, dapatkan sooka Premium dan nikmati tawaran web istimewa kami bermula daripada RM29.60 (hingga RM47.10 sebulan). Layari sooka.my untuk maklumat lanjut.

Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 Melalui NJOI

Semua pelanggan dengan 'Starter Pack' yang aktif (kecuali Pek HD) akan mempunyai akses percuma kepada 10 saluran khas untuk Sukan Olimpik Paris 2024. Pelanggan yang tidak melanggan 'Starter Pack' boleh membeli mana-mana 'Starter Pack' (kecuali Pakej HD) bermula daripada RM28.00 sahaja.

Sorotan, Jadual, Keputusan Aksi Atlet Malaysia Secara Langsung di Sukan Olimpik Paris 2024

  • Tonton setiap aksi sukan secara langsung, dengan liputan tanpa gangguan.
  • Dapatkan ulasan terbaik daripada pakar analisis tempatan daripada Astro Arena yang menawarkan kemaskini dan analisis terkini mengenai sukan dan atlet kegemaran anda.
  • Pra-rancangan (Pentas Tumpuan Paris) akan menjadi ruang perbincangan bersama bekas-bekas atlet sebagai tetamu istimewa.
  • Laporan tambahan menerusi Nadi Arena setiap hari yang akan membawakan sorotan dan ringkasan sepanjang temasya berlangsung.

Saluran Khas Sukan Olimpik Paris 2024 di Astro

Saluran khas dengan ulasan Bahasa Inggeris
Astro OLY 1 – Saluran 780 Astro OLY 2 – Saluran 781 Astro OLY 3 – Saluran 782 Astro OLY 4 – Saluran 783 Astro OLY 5 – Saluran 784 Astro OLY 6 – Saluran 785 Astro OLY 7 – Saluran 786 Astro OLY 8 – Saluran 787 Astro OLY 9 – Saluran 788 Astro OLY 10 – Saluran 789
Saluran yang hanya tersedia di Astro GO & sooka dengan ulasan Bahasa Inggeris
Astro OLY 11 – Saluran 790 Astro OLY 12 – Saluran 791 Astro OLY 13 – Saluran 792 Astro OLY 14 – Saluran 793 Astro OLY 15 – Saluran 794 Astro OLY 16 – Saluran 795
Saluran sukan tempatan dengan ulasan Bahasa Malaysia
Astro Arena – Saluran 801 Astro Arena 2 - Saluran 802
Topic Berkaitan
Must-Watch Video