Skip to main content

Sukan Lain

Badrul mahu pastikan gelaran raja pecut milik Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17717badrulhisam.jpg
Tugas berat buat pelari pecut negara diketuai Badrul Hisham Abd Manap untuk memastikan gelaran raja pecut Terbuka Malaysia kekal milik wakil tempatan apabila pelari Maldives, Hassan Saaid, berkongsi catatan terpantas pada peringkat separuh akhir hari ini.

Sejak 2015, gelaran raja pecut dalam saingan Terbuka Malaysia menjadi milik pelari negara.

Namun, ketiadaan pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, dan juara bertahan, Jonathan Nyepa, yang menarik diri menyaksikan pingat emas acara riben biru ini berpotensi dirampas negara lain.

Badrul dilihat mampu menghalang Hassan apabila memperlahankan larian pada hujung perlumbaan separuh akhir keduanya.

Hassan mencatat 10.63 saat, diikuti Badrul yang hanya ketinggalan 0.03 saat sementara seorang lagi wakil negara, Nixon Kennedy di tempat ketiga.

"Sebelum membuat larian, keadaan cuaca agak sejuk. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam final bagi mengekalkan gelaran raja pecut milik pelari dari Malaysia," kata Badrul.

Sedikit melegakan apabila pelari muda, Muhammad Haikal Hanafi, berkongsi masa terpantas apabila menjuarai saringan ketiga separuh akhir. 

Pelari berusia 18 tahun ini mengatasi wakil Brunei yang turut layak ke final.

"Kami memiliki tanggungjawab yang besar bagi memastikan gelaran raja pecut kekal milik pelari negara," kata Haikal.

Pelari negara menjuarai acara 100m lelaki Terbuka Malaysia menerusi Mohd Izzudin Yahya pada 2015, diikuti Jonathan tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video