Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Wakil Ireland Utara bukan saingan Soon Huat-Shevon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton_10.jpg
Beregu campuran nombor satu negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, membuka kempen dengan aksi meyakinkan selepas mudah menundukkan beregu Ireland Utara, Ciaran Chambers-Sinead Chambers, dalam pusingan pertama Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi. 

Mendapat laluan percuma dalam' pusingan pertama, Soon Huat-Shevon turun dengan misi mengekalkan status pilihan utama dan rentak awal agresif menyaksikan mereka mudah menang set pertama 21-6. 

Set kedua, Soon Huat-Shevo, mula diberi tentangan oleh gandingan lawan, namun mereka tetap berjaya menampilkan aksi terbaik masing-masing untuk menang 21-12. 

Soon Huat-Shevon dijadual bertemu Emmanuel Donkor-Stella Koteikai Amasah dari Ghana dalam pusingan ketiga esok. 

"Dalam aksi tadi, persembahan kami agak baik kerana lawan bukan pesaing yang begitu kuat. 

"Bagi kami, aksi dalam suku akhir akan lebih sengit dan kami akan lebih fokus pada waktu itu," ujar Soon Huat.


Terdahulu, Shevon berpasangan dengan Soniia Cheah untuk menang acara beregu wanita menundukkan pencabar dari Ghana, Grace Atipaka-Gifty Mensah, dalam pusingan pertama hasil kemenangan 21-8, 21-4.

Menanti mereka selepas ini adalah beregu Ireland Utara, Sinead Chambers-Rachael Darragh. 

 

Advertisement

Must Watch Video