Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Saina mahu India raih emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sania.jpg
Ikon badminton India, Saina Nehwal, menawarkan perspektif mengapa mereka lebih mahukan emas berpasukan campuran berbanding Malaysia dalam Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

"Ia adalah sejarah buat acara berpasukan. Sebelum ini, kami sudah meraih pingat perak dan gangsa tetapi tidak pernah mengutip emas. Sudah tentu Malaysia adalah sebuah pasukan yang sukar untuk ditundukkan. 

"Kami akan menampilkan aksi terbaik dan sudah bersedia," katanya.

Gangsa diperoleh India ketika edisi Melbourne 2006 sementara perak hasil kekalahan di tangan Malaysia di laman mereka sendiri dalam temasya New Delhi 2010.

Saina juga belum tentu tampil dalam aksi final memandangkan mereka juga memiliki khidmat finalis Kejohanan Dunia 2017 dan Olimpik Rio 2016, P. V. Sindhu.

Dunia mengetahui bahawa India berupaya menjadi pencabar dalam acara berpasukan campuran ini tetapi Saina tetap mahu berwaspada dengan sejarah Malaysia sebagai juara bertahan sejak temasya Melbourne.

"Saya dapat rasakan tekanan yang tinggi dalam acara berpasukan. Anda tidak akan tahu sama ada sesebuah aksi itu akan menjadi sukar atau tidak kerana ia adalah final.

"Jika saya bermain, saya akan memberikan sepenuh kudrat dan kalau tidak, saya berharap seluruh pasukan tampil cemerlang," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video