Skip to main content

Sukan SEA

Badminton: Acara terakhir sekadar hadiahkan Malaysia perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

29817yew-sin-ee-yie.jpg
Pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yie, mengakhiri acara badminton Sukan SEA Ke-29 dengan pingat perak selepas tewas kepada lawan dari Thailand dalam final di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.

Yew Sin-Ee Yie bermula baik pada set pertama dengan mengatasi lawan 21-19.

Namun, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh memberi tentangan sengit dalam set kedua sehingga bergilir-gilir mengutip mata yang akhirnya menyaksikan beregu negara tumpas 20-22.

Dalam set penentuan, aksi Yew Sin-Ee Yie kurang bertenaga untuk membenarkan pasangan Thailand itu mengekalkan kelebihan mata.

Habuannya, beregu negara akur dengan keputusan penuh 21-19, 20-22, 21-17 untuk memberikan Kittinupong-Dechapol pingat emas. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video