SUKAN LAIN
Azreen Nabila hidapi asma, tidak jejas sesi latihan
Pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias, memaklumkan bahawa dia tetap menjalani sesi latihan seperti biasa meskipun sah menghidapi asma.
Pelari kelahiran Setiu, Terengganu itu mengetahui situasinya seminggu sebelum bermula Sukan SEA di Vietnam.
Azreen yang kini dalam persiapan ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) bagaimanapun mengakui persiapannya berjalan lancar dan menyasarkan untuk melakukan catatan peribadi terbaik.
AUG dijadualkan berlangsung di Thailand bermula pada 26 Julai hingga 6 Ogos depan.
"Persiapan dan latihan tidak terjejas dengan asma yang saya hidapi, mengikut setiap perancangan yang telah ditetapkan jurulatih dan temasya AUG di Thailand ini adalah medan terbaik untuk berusaha memperbaiki lagi catatan masa," kata Azreen menerusi Nadi Arena.