Aznil Bidin mengakui perlu mencari ranking lebih baik selepas meraih tempat keempat Kejohanan Angkat Berat G 1 IWF Havana di Cuba demi menambah mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Aznil menghabiskan angkatan pertama seberat 156kg dalam clean and jerk, tetapi gagal untuk mengangkat 161kg dalam angkatan kedua dan ketiga untuk menempatkan diri di ranking keempat kategori berkenaan.
Aznil mengangkat 125kg percubaan pertama snatch disusuli angkatan kedua 129kg, namun sayangnya gagal sempurnakan angkatan ketiga seberat 132kg
Ia sudah cukup menghadiahkan pingat gangsa buat dirinya menerusi kategori snatch, secara tidak langsung meletakkan dirinya di ranking keempat secara keseluruhan.
"Walaupun gagal di Korea Selatan, saya masih perlu mencari ranking yang lebih tinggi.
"Dengan menduduki ranking ke-10, jadi saya perlu persiapkan diri dengan ketekalan latihan dan yakin.
"Kedudukan ini masih belum selamat kerana hanya 10 yang terbaik sahaja yang akan layak," katanya.
Dalam pada itu, pencabar terdekat Aznil untuk slot ke Sukan Olimpik, Aniq Kasdan pula hanya mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan selepas mencatat 124kg dalam clean and jerk dan 153kg dalam acara snatch.