Skip to main content

Sukan Lain

Aznil Bidin harungi bulan Ramadan kali ini tanpa ibu tercinta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aznil-bidin-ibu.jpg
Ketika semua umat muslim sedang bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan, ada seorang individu yang diuji dengan dugaan berat menimpa diri dan keluarganya. 

Jaguh angkat berat negara, Aznil Bidin kini berdepan detik paling memilukan dalam hidupnya selepas pemergian ibu yang tercinta selang beberapa hari sebelum tiba bulan mulia.   

Meskipun begitu, pemergian itu cukup indah kerana selepas ibunya pulang ke tanah air daripada menunaikan Ibadah Umrah.

Kehilangan ibu tercinta bukan sekadar menyentap hati seorang anak -- tetapi ia turut meragut sumber inspirasi terbesar dalam hidup seorang juara.

"Ibu saya individu yang amat penting dalam karier saya sebagai atlet angkat berat. Ibu sentiasa menghantar saya ke sesi latihan, mendoakan kejayaan saya apabila beraksi dalam kejohanan," kata Aznil Bidin. 
 


Salam takziah buat Aznil dan keluarga.

Jangan lupa episod pertama projek ramadan akan mula bersiaran di nadi weekend esok -- dan sepanjang bulan mulia ini.
 

Advertisement

Must Watch Video