Perejam utama skuad sepak takraw negara, Azlan Alias, memohon maaf apabila dia dan rakan sepasukannya gagal menamatkan kemarau 34 tahun Malaysia untuk memenangi gelaran dalam acara regu sepasukan apabila tewas 0-2 kepada Thailand dalam final Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa semalam.
Azlan terpaksa beraksi dalam kesakitan hampir keseluruhan perlawanan itu selepas dia mengalami kecederaan lengan kiri pada pertengahan set pertama.
Bahkan, dia kelihatan mengalirkan air mata ketika menerima rawatan dalam set ketiga sebelum regu pertama negara, yang turut dibarisi Syahir Rosdi (tekong) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan), tewas tipis 11-15, 15-12, 15-17.
Regu kedua, yang dibarisi Haziq Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam), juga tidak dapat mengubah nasib skuad negara apabila tewas 15-13, 13-15, 4-15.
Biarpun sudah melakukan yang terbaik, Azlan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan itu.
"Saya dan pasukan memohon maaf tidak dapat menjuarai acara berpasukan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Harap-harap dalam kejohanan selepas ini, kami dapat memberikan yang lebih baik."

?️ 'Saya minta maaf & pasukan sekali, tak dapat menjuarai acara berpasukan ni. Harap next game kita orang akan buat lagi baik...' Azlan Alias, Killer Sepak Takraw negara@ASTROARENA pic.twitter.com/MaM5WyCZZ5
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 19, 2025