Azizulhasni terus beraksi, itu berita gembira bagi saya -- Josiah Ng

Ammar Hakim
Oktober 17, 2024 18:22 MYT
'Ini berita paling mengujakan untuk saya', itu reaksi bekas pelumba trek negara, Josiah Ng, yang melihat itu adalah langkah tepat daripada Datuk Azizulhasni Awang, yang tidak terus melupakan sukan berbasikal selepas insiden di Sukan Olimpik Paris lalu.
Malah ini merupakan peluang untuk Azizulhasni sekurang-kurangnya menyempurnakan penutup karier yang lebih sempurna di Sukan Asia Nagoya, Jepun dua tahun dari sekarang.
Walaupun tiada sebarang pengesahan dari Azizulhasni sendiri, perkongsian dari Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, ibarat petanda yang cukup positif dengan karier selanjutnya pelumba kelahiran Terengganu itu.
Dan hal ini disambut baik, bekas pelumba negara yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Azizulhasni sendiri satu ketika dahulu.
Josiah mungkin bekas rakan sepasukan yang paling gembira mendengar perkhabaran itu, yang mahu penutup karier Azizulhasni lebih manis untuk dikenang selepas apa yang berlaku di Paris umpama mimpi ngeri buat The Pocket Rocketman.
"Azizulhasni telah melewati karier yang cukup indah. Apa yang berlaku di Paris bukanlah sesuatu yang dimahukan. Jadi dia beraksi di Sukan Asia akan menjadi penamat yang terbaik," kata Josiah.
Azizul mungkin memiliki isu kesihatan, namun mengenali pelumba itu secara dekat, tiada yang mustahil mampu dilakukan Azizulhasni dalam jangka masa tempoh yang lebih panjang.
"Azizulhasni merupakan seorang menjaga tahap prestasi, sentiasa memastikan tahap fizikal dan mental di paras yang tertinggi. Jadi saya percaya dia mampu memberikan yang terbaik."

Kebarangkalian Datuk Azizul Hasni Awang buat kemunculan di Pentas Sukan Asia 2026 di sambut baik.‘Buat balik untuk penutup karier yang lebih manis’ - Josiah Ngpic.twitter.com/CfJqA3Su18

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
;