Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni terlalu hebat di Berbasikal Trek Kebangsaan

azizul.jpg
Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sememangnya tiada tandingan apabila sekali lagi meraih pingat emas kategori elit Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan 2024.

Bersandarkan mentaliti juara, The Pocketrocketman tidak berdepan masalah untuk menjuarai acara pecut akhir lelaki elit.
 

Biarpun ketinggalan seketika, namun Azizulhasni tetap membuktikan bahawa kayuhannya masih berada di tahap yang berbeza susualan berjaya memintas dua pelumba dari Johor, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan Muhammad Ridwan Sharom.

"Saya harus kekal tenang walaupun melihat persaingan sengit dari pelumba lain yang melakukan pecutan awal namun, saya berjaya mengekalkan konsistensi untuk terus berada di depan meninggalkan pelumba lain," katanya.  

Advertisement

Must Watch Video