Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni, Siti Rahmah dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_4779.jpg
Jaguh berbasikal, Azizulhasni Awang, dan srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, dijulang selaku Olahragawan dan Olahragawati Negeri dalam Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2018 di Kuala Nerus, malam tadi.

Azizulhasni dipilih selepas memenangi satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan Asia Pelembang selain pingat perak dan gangsa Piala Dunia di London dan Berlin serta Olimpian Lelaki Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Siti Rahmah pula cemerlang muncul juara dunia kali keempat berturut-turut dalam Kejohanan Dunia di Singapura selain pingat perak Kejohanan Silat Asia Tenggara untuk mengatasi empat calon lain,

Azizulhasni, 31, yang memenangi anugerah itu buat kali keenam manakala yang kedua buat Siti Rahmah, 31, masing-masing membolot hadiah kemenangan RM7,000, piala, sijil dan sepasang blazer.

Sementara itu, Olahragawan Harapan dirangkul penyerang hoki negara, Akhimullah Anuar Esook, susulan kejayaan emas Sukan Olimpik Remaja (YOG) selain status penjaring terbanyak temasya berkenaan.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) di Perak serta empat pingat emas Kejohanan Kebangsaan dalam sukan berbasikal, Nur Aisyah Mohd Zubir pula diumumkan Olahragawati Harapan untuk mereka memperoleh wang tunai RM2,500, piala dan sijil.

Kategori Para pula menyaksikan Zuhairie Ahmad Tarmizi (berbasikal) dan Nani Shaiera Zawawi (olahraga) diangkat sebagai Olahragawan serta Olahragawati Paralimpik untuk meraih hadiah wang RM3,000, piala dan sijil.

Advertisement

Must Watch Video