Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut selain perak dalam keirin dalam edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.

Dalam perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin itu, Azizulhasni -- yang telah menjalani pembedahan jantung, April lalu -- menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, dalam final.

Terdahulu itu, Azizulhasni mencatat masa 9.766 saat dalam pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, dalam saingan separuh akhir.

Dalam catatan Instagramnya, dia tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara itu.




"Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan.

"Saya berasa baik pada pusingan akhir, melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa," katanya.

Kredit: Sinar Harian