Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni juarai acara keirin di Brisbane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

image_2020-12-20_192148.png
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, bangkit daripada kegagalan acara pecut individu untuk muncul juara keirin Kejohanan Kebangsaan Australia di Velodrom Anna Meares, Brisbane.

The Pocketrocketman berdepan cabaran sengit pelumba tempatan apabila terpaksa melalui pusingan repecharge untuk ke final.

Ternyata Azizulhasni selaku juara dunia 2017 bijak menggunakan pengalaman untuk meraih emas, mengatasi pelumba kebangsaan Australia, Matthew Glaetzer, sementara seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, meraih gangsa.

Skuad negara pada awalnya tidak meletak sebarang sasaran pada kejohanan tersebut memandangkan ia saingan pertama selepas sembilan bulan ekoran pandemik Covid-19.

"Saya gembira dengan pencapaian ini. Berkat dedikasi dan doa rakyat Malaysia saya berjaya emas untuk Malaysia," kata Azizulhasni.

Advertisement

Must Watch Video