Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni dominasi keirin Yayasan Sime Darby

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni.jpg
Prospek pingat emas Sukan Olimpik, Datuk Azizulhasni Awang, membuktikan bahawa dia di landasan tepat temasya di Paris. 

Ia merupakan penampilan pertama pelumba berbasikal trek kelahiran Terengganu itu yang menarik diri dalam Sukan Asia Hangzhou yang lalu akibat faktor kecederaan kaki dan pinggul ketika berlatih. 

Namun, dia membuktikan kewibawaannya walaupun turut dicabar Fadhil Zonis dengan menjuarai final keirin Kejohanan Grand Final Siri Trek Yayasan Sime Darby di Velodrom Nilai, sebentar tadi. 



Azizulhasni melakukan henjutan dalam pusingan terakhir ketika bersaing dengan Fadhil, namun The Pocket Rocketman tetap lebih deras untuk melintasi garisan penamat terlebih dahulu. 

"Saya baru mulakan latihan sejak kecederaan lalu, saya perlu mula dari kosong. 

"Seperti semalam, hari ini saya mencuba henjutan panjang, begitu juga Fadhil. 

"Jadi saya perlu tunggu detik terbaik. Apa pun, yang penting adalah Sukan Olimpik kerana saya mahu elakkan capai kemuncak prestasi terlalu awal," katanya selepas perlumbaan. 

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Asri turut mengukuhkan reputasi sebagai ratu trek negara yang baru.

Kayuhan final menyaksikan Nurul Izzah mengatasi rasa gementar yang menjejaskan prestasinya dalam aksi separuh akhir untuk menewaskan saingan terdekatnya, Anis Amira Rosidi dan Mur Alyssa Mohd Farid.
 

Advertisement

Must Watch Video