SUKAN LAIN

Azizulhasni di landasan tepat -- Beasley

Penulis Jemputan 04/01/2019 | 09:25 MYT
Azizulhasni Awang berada di landasan tepat untuk merampas ranking pertama dunia acara keirin selepas tamat Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2019.
Dia kini mengumpulkan 2,445 mata, hanya ketinggalan 55 mata di belakang pelumba Australia, Matthew Glaetzer.
Azizulhasni dijangka tidak berdepan masalah untuk layak ke final ACC 2019, malah tidak mustahil mampu menjuarai acara keirin buat kali keempat.
"Ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan untuk bergelar pelumba nombor satu atau dua dunia.
"Begitupun, kami meletakkan sasaran buat Azizulhasni untuk bergelar pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Prestasi semasa Azizulhasni kini meletakkan dirinya di landasan terbaik," kata ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley.
Azizulhasni pernah menduduki ranking pertama dunia pada 2017 sebelum prestasinya merudum ekoran memberi fokus terhadap pelajaran.
;