OLAHRAGA

Azeem, Shereen ke final Terbuka Kazakhstan malam ini

22/06/2024 | 09:09 MYT
Peluang terakhir untuk dua jaguh olahraga negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris, bulan depan.
Pemegang rekod 100m kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencatat 10.61 saat ketika menjuarai saringan ketiga sekali gus akan berdepan pemenang pingat perak Sukan Asia Hangzhou, Puripol Boonson pada final.
Azeem perlu melepasi had kelayakan bawah 10 saat atau memperbaiki ranking ke-56 terbaik kelayakan temasya (berbanding 67 ketika ini) – bergantung kepada final malam mini.
Pelari 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy turut layak ke final.
Semoga mereka berjaya melepasi had kelayakan kerana satu slot universal ke Paris disediakan.
#Olahraga #Sukan Olimpik Paris 2024 #Azeem Fahmi #Shereen Samson Vallabouy
;