Skip to main content

Sukan Lain

Azeem fokus kelayakan Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik

azeemfahmi.jpg
Bintang pecut negara, Azeem Fahmi mengesahkan menarik diri dari beraksi Sukan SEA Kemboja Mei ini.

Ini kerana komitmen bersama tempat pengajiannya, Universiti Auburn di Alabama dengan misi lebih besar, iaitu melepasi hak kelayakan ke Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

Azeem turut berkongsi bahawa ia merupakan peluang baik buat penggantinya untuk membuktikan kebolehan di temasya dwitahunan itu.

"Saya telah menjelaskan kepada pihak Konfederasi Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara kerana peluang tipis untuk saya pulang ke Malaysia sebelum Jun kerana terdapat beberapa lagi kejohanan untuk mewakili universiti saya," kata Azeem.

"Saya bagaimanapun tetap terharu kerana pelawaan untuk mewakili Malaysia namun jika dilihat daripada sudut positif, ia adalah peluang buat atlet lain mengisi kekosongan itu dan membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa."

Terdahulu, Azeem sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter dalam dewan dengan catatan masa 6.62 saat dalam Kejohanan Jemputan Tiger Paw, di University Clemson, South Carolina.

Advertisement

Must Watch Video