Skip to main content

Sukan Lain

Azeem Fahmi terima Cincin Pengiktirafan Universiti Auburn

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cincin-azeem-fahmi.jpg
Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, menerima penghargaan istimewa daripada Universiti Auburn berupa sebentuk cincin. 






Ia satu penghargaan buat Azeem, seterusnya mengharumkan nama negara menerusi pencapaiannya di Amerika Syarikat (AS) yang secara tradisinya diberikan kepada atlet dalam kancah Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Persatuan Bolakeranjang Kebangsaan (NBA) dan liga kebangsaan.

Azeem Fahmi mempamerkan prestasi hebat ketika bersama-sama Kayinsola Ajyi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba membantu Universiti Auburn mempertahankan acara 4x100 meter, seterusnya menerima cincin pengiktirafan.

Malah, pelari berusia 21 tahun itu turut menunjukkan contoh yang mengagumkan dalam soal mengimbangi kehidupannya apabila menerima sijil pengiktirafan daripada Universiti Auburn atas kecemerlangannya dalam akademik. 


 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video