OLAHRAGA
Azeem Fahmi penanda aras baru kem pecut -- Zaidatul Husniah
Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, melihat kejayaan Azeem Fahmi dalam melakar rekod kebangsaan baru sebagai satu tambahan terhadap penanda aras dalam arena pecut kebangsaan.
Menurutnya, persaingan positif yang disajikan kepada Azeem membuktikan pendedahan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan atlet Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan tahap prestasi atlet.
"Persaingan di luar negara memang sengit dan pencabarnya pun dalam kalangan universitinya juga," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Iklan
Mengulas lanjut perbincangan yang sama, Zaidatul Husniah turut menyentuh mengenai bakat muda pecut wanita negara, Nur Afrina Batrisyia Rizal, yang sebelum ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Auburn -- institusi yang sama di mana Azeem kini mencipta nama.
Tidak dinafikan, berkelana di luar negara sememangnya memberi peluang buat atlet menempuh saingan sengit tetapi dia tidak menolak kelebihan yang pasti terhidang buat atlet muda itu selepas memilih untuk kekal di tanah air.
"Tidak salah juga. Dia masih mampu perbaiki catatannya. Ramai atlet wanita yang lain yang mampu membantunya melakar catatan yang lebih baik," katanya lagi.
Must-Watch Video