Azeem Fahmi catat 10.14 saat raih tempat keenam di Florida

Muzaffar Musa
April 30, 2023 12:32 MYT
Pelari pecut negara, Azeem Fahmi, menamatkan perlumbaan acara 100 meter Kejohanan East Coast Relays di Florida, di tempat keenam awal pagi tadi.
Azeem, yang mewakili Universiti Auburn, mencatatkan 10.14 saat dalam kejohanan di University of North Florida itu.
Dengan catatan itu, Azeem turut mengatasi juara remaja dunia 2015 dari Jepun, Abdul Hakim Sani Brown, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Sebelum ini, pemegang rekod kebangsaan itu mencatatkan 10.32 saat sewaktu menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) bulan lalu.
Azeem memecahkan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.09 saat dalam Kejohanan Olahraga Remaja dunia di Cali, Colombia pada Ogos lalu.

10.14s and we back to work ! alhamdulillah ??

— azeemfahmi (@_azeemf) April 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Azeem Fahmi