Skip to main content

Sukan Lain

Azeem Fahmi bantu Auburn ke Final 4x100 meter NCAA Outdoor 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

auburn.jpg
Jaguh pecut negara yang kini menuntut di Amerika Syarikat, Muhd Azeem Fahmi, membantu pasukanya Auburn melayakkan diri ke final Kejohanan Trek Olahraga NCAA Outdoor 2025 bagi acara 4x100 meter yang sedang berlangsung di Oregon hari ini.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung Azeem Fahmi yang menjadi pelari pertama Auburn berjaya memulakan larian terbaik ketika berlepas dan terpantas ketika menyerahkan baton kepada rakan sepasukan Kanyinsola Ajayi selaku pelari kedua.

Auburn kemudianya berjaya mengekalkan jarak untuk mendahului lain-lain pelari sehinggalah ketika pelari terakhir mereka Makanakaishe Charamba melakukan pecutan terakhir dan berjaya melepasi garisan penamat selaku juara.

Auburn mencatatkan masa 37.97 saat selaku juara manakala pasukan South Florida kedua dengan catatan 38.12 saat manakala pasukan LSU ketiga.

Pelari negara itu bakal melakukan aksi terakhir bersama Auburn dalam aksi final bagi penentuan juara nanti
 

Advertisement

Must Watch Video