Skip to main content

Tenis

Azarenka singkir juara bertahan Svitolina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azarenka.jpg
Penarikan diri Serena Williams diiringi dua lagi pemain berprofil tinggi yang menarik diri di pertengahan aksi sehingga menjejaskan kerancakan kempen Kejohanan Internazionali d'Italia sebelum juara bertahan, Elina Svitolina, disingkirkan dengan gaya yang menakjubkan oleh Victoria Azarenka, hari ini. 

Serena yang dijadualkan bertemu kakaknya, Venus Williams, dalam pusingan kedua semalam, memutuskan untuk menarik diri akibat masalah lutut kiri lalu menuntut jadual perlawanan membabitkan Caroline Wozniacki dan Jelena Ostapenko diadakan lebih awal di Rome, Itali. 

Svitolina -- memburu gelaran ketiga berturut-turut -- mensia-siakan kelebihan 4-1 dalam set ketiga sebelum rentaknya terganggu oleh faktor hujan untuk Azarenka diberi kesempatan menyelamatkan mata akhir sebelum mempamerkan kebangkitan mengagumkan untuk kemenangan 4-6, 6-1, 7-5.

Wozniacki sekali lagi terpaksa menarik diri setelah tumpas dalam tie-break set pertama ketika berdepan Danielle Collins dan bergelut dengan kecederaan betis selepas masalah belakang menghalangnya untuk menamatkan aksi menentang Alize Cornet di Madrid, minggu lalu.

Sementara itu, Ostapenko berada di ambang kekalahan kepada Mihaela Buzarnescu sebelum lawannya itu menghentikan permainan kerana mendakwa dilanda demam. 

Karolina Pliskova dan Ashleigh Barty lolos ke pusingan 16 tetapi pemain pilihan yang lain, Aryna Sabalenka dan Anastasija Sevastova, disingkirkan Cornet dan Belinda Bencic.

Advertisement

Must Watch Video