Azarenka sah tarik diri Terbuka Amerika Syarikat
Penulis Jemputan
Ogos 22, 2017 08:31 MYT
Ogos 22, 2017 08:31 MYT
Bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Victoria Azarenka, membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat atas sebab 'urusan keluarga' selepas sebelum ini berjauhan dengan anaknya yang berada di California.
Azarenka berjaya melayakkan diri ke pusingan keempat dalam saingan Wimbledon, bulan lalu yang menyaksikannya melakukan penampilan pertama dalam acara grand slam selepas melahirkan anaknya, Leo, Disember lalu.
Bagaimanapun, selepas berpisah dengan bapa kepada Leo, dia terpaksa meninggalkan anaknya itu untuk beraksi di Flushing Meadows.
“Sedih untuk saya umumkan bahawa saya tidak dapat bertanding di Terbuka Amerika Syarikat pada tahun ini disebabkan situasi melibatkan keluarga saya.
“Saya menikmati sebahagian daripada karier di sini (New York), namun kini akan mempersiapkan diri untuk kembali pada tahun depan,” katanya.
Pemain dari Jepun, Misa Eguchi, telah dipilih bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Azarenka.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.