Skip to main content

Sukan Lain

Ayuni, Muslifah harus fahami kontrak Program Podium -- Khairy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak-wanita-130617.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, turut membidas kenyataan dua penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli, yang dilabel gagal mematuhi syarat utama atlet podium sebaik sahaja mereka menandatangani kontrak.

Khairy tenang memberi kenyataan balas berhubung perancangan kedua-dua penembak itu yang mahu meneruskan niat saman membabitkan Program Podium, Majlis Sukan Negara
(MSN) dan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM).

Kedua-dua atlet itu menuntut penjelasan berhubung dikaitkan dengan isu disiplin sebagai alasan digugurkan daripada Sukan SEA, Ogos depan. 

"Dalam pemilihan Program Podium, ia berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan diterima oleh atlet itu sendiri. 

"Jadi, kita ada proses yang mereka sendiri fahami. 

"Apabila menandatangani kontrak Program Podium, mereka tahu apakah kriteria yang dipilih sebagai atlet," ujar Khairy ketika ditemui dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
 

Advertisement

Must Watch Video