Bermula di petak keempat, ia tidak menjadi penghalang buat pasukan Deloitte Toms GR Supra menguasai perlumbaan Autobacs Super GT 500 pusingan ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kombinasi Ukyo Sasahara dan Giuliano Alesi menamatkan 55 pusingan dengan mencatatkan 1 jam (j) 54.601 saat (s) untuk berada di podium utama, hari ini.
Ini merupakan kemenangan kali pertama mereka bagi musim ini selepas menghuni tangga kelima dalam pusingan pertama di Okayama dan kedudukan ketujuh dalam pusingan kedua di Fuji.
Kedudukan keseluruhan selepas tiga pusingan sudah pastinya akan berubah buat Arta Mugen Civic Type R-GT menerusi pelumbanya, Tomoki Nojiri dan Nobuharu Matsushita yang menghuni kedudukan kesembilan keseluruhan selepas dua perlumbaan sebelum ini.
"Ada ketika tayar tidak memberi kerjasama, namun kami tetap tidak berputus asa," kata Sasahara.
"Ukyo sangat membantu kami hari ini dan menjadi watak penting kemenangan kami," kata Alesi.