Skip to main content

Permotoran

Autobacs Super GT 2025: Podium adalah impian saya -- Jazeman Jaafar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jaz.jpg
Keterujaan pelumba negara, Jazeman Jaafar, yang mengemudi jentera Aston Martin Vantage GT3 Evo di Autobacs Super GT 2025 menerusi tiket wildcard cukup untuk membuatkan dia tersenyum lebar susulan perkara itu merupakan impian Jazeman sejak berusia lapan tahun lagi.

Namun, siapa sangka selepas 24 tahun Jazeman akhirnya berjaya merealisasikan impian bersaing bersama dengan pelumba ternama malah dia kini sebaris dengan bekas pelumba Formula 1 yang turut serta di Super GT Malaysia kali ini.

"Sebenarnya pertama kali saya hadir ke Super GT adalah Ketika berusia lapan tahun, semasa itu saya sebagai penonton. Ketika itu saya berlumba di Go-Kart dan sekarang diberikan peluang oleh pasukan.

"Ia bukan senang hadir untuk dominasi dan menang. Kami lakukan yang terbaik.

Kali pertama di Super GT bukan mudah untuk mencipta kejutan ketika Jazeman mendedahkan dia masih memerlukan pengalaman di lapangan susulan penyertaan kali pertamanya itu.

Walaupun keberadaannyanya kali ini atas tiket wildcard, Jazeman berharap ia bukan kali terakhir dengan harapan penampilan kali ini merupakan batu loncatan untuk pelumba EBM Giga Racing itumeneruskan kesinambungan dirinya sebagai pelumba.

"Podium adalah impian saya, tetapi kita ambil langkah satu demi satu. Saya berharap kekal di Super GT sepenuh masa dan dalam jangka masa yang panjang.

"Ini adalah Langkah sebelum pelbagai lagi perkara yang besar yang akan dating." tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video