Kehadiran semula penganjuran Autobacs Super GT 2025 turut dimeriahkan dengan perlumbaan sokongan yang membuka peluang buat pelumba lain merasai kehangatan yang mampu diterjemahkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kategori berbeza.
Kategori GR 86 kali pertama diperkenalkan di Malaysia ketika perlumbaan ia cukup sinonim di Jepun.
Dalam penganjuran kali pertama GR 86, pasukan dari Stratos Motorsport menerusi pemandunya James Liam Russell dinobatkan selaku pemenang hari kedua menerusi catatan 26 minit (m) 13.523 saat (s).
Dengan perbezaan 0.835s, TD Racing menerusi Tengku Djan Ley terpaksa berpuas hati dengan perbezaan cukup tipis untuk berada di tempat kedua dengan catatan 26m 14.358s.
"Ia adalah kategori yang hebat. Sangat mengujakan ketika memandu kereta ini.
"Satu pelajaran terbaik buat pemandu muda kerana mempelajari cara mengendalikan kenderaan," kata Liam Russel di Nadi Weekend.
"Daripada percubaan yang dilakukan, kami menjangkan segalanya berjalan lancar, tetapi pada pertengahan perlumbaan, kami kehilangan kelajuan.
"Itu bukanlah alasan untuk kami, kami harus memperbaikinya pada pusingan seterusnya," kata Tengku Djan.