Pengarah MLB Tigers, Yussri Mohd Zain, menjadikan Australia sebagai sumber rujukan terbaik dalam menganjurkan kejohanan MLB Tigers Grand Slam 2024 yang akan membuka tirainya bermula Jumaat ini.
Dia menjelaskan bahawa fokus utama kejohanan itu adalah dalam dua acara iaitu kategori Terbuka tanpa had usia dan kategori B-12 tahun.
"Untuk MLB Tigers kali ini, pertama kali diadakan di Bukit Kiara. Australia yang merupakan negara di ranking pertama boling padang dan kita telah lihat cara mereka mengendalikan sukan ini dan cuba membawa masuk dan menerapkan apa yang mereka lakukan ke Malaysia.
"Persiapan memang lama, kerana kita perlukan pasukan yang cukup untuk menyertai serta menjayakan kejohanan ini. Kita juga ada tiga padang yang boleh digunakan nanti.
"Kita fokus pada dua acara sahaja iaitu kategori Terbuka dimana tiada had umur. Dan satu lagi adalah bawah 12 tahun.
"Untuk format yang kita akan terapkan adalah mudah iaitu kita gunakan format 5-5-1. Tiada istilah seri tetapi hanya ada pemenang dan yang kalah. Hadiah yang ditawarkan juga lumayan, " katanya.
Dalam pada itu, jaguh boling dalam dewan dunia 2024, Nor Farah Ain, mahu menjadikan saingan MLB Tigers Grand Slam kali ini sebagai medan untuk menambah ilmu sebelum ke kejohanan besar di New Zealand dan Hong Kong nanti.
"Bulan depan saya mempunyai kejohanan besar, dan kejohanan MLB Tigers ini adalah persediaan dan ruang buat saya menambah ilmu sebelum ke kejohanan besar itu nanti." kata Farah Ain.
Info siaran langsung di sini.