Stadium Astro logo
HOKI

Australia medan The Speedy Tigers ukur prestasi sebenar

article-author-avatar
Saufi Tahir 23/03/2025 | 12:04 MYT
Article ribbon Australia medan The Speedy Tigers ukur prestasi sebenar
Selepas lima siri perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang Liaoning Hockey Team yang menjadi medan buat pemain muda menyerlahkan prestasi sebenar mereka.
Ketua Jurulatih The Speedy Tiger, Sarjit Singh, berpuas hati dengan apa dipamerkan anak buahnya selepas mencatatkan empat kemenangan satu kekalahan.
Namun, cabaran sebenar bakal menanti mereka di Perth, Australia dengan beberapa siri persahabatan telah dijadualkan dimana ia akan menjadi ujian sebenar untuk pemain muda membuktikan mereka layak atau tidak menyarung jersi negara.
"Kami beri peluang buat pemain muda B-21, dan mereka beraksi dengan baik. Ia memberikan pengalaman yang baik buat pemain muda. Selepas ini kami akan bergerak ke Australia, ia akan menjadi ujian sebenar untuk mengetahui tahap kita," katanya.
Dalam pada itu, Sarjit menyifatkan Piala Asia 2025 yang hanya menawarkan satu slot sahaja ke Piala Dunia sahaja berbanding tiga slot sebelum ini sebagai sesuatu yang sukar.
Namun, Sarjit menekankan konsistensi merupakan aspek utama yang perlu difokuskan pasukannya dalam menghadapi perkara itu, jika gagal di Piala Asia, masih ada lagi pusingan Kelayakan untuk ke Piala Dunia 2026.
"Selalu ada tiga slot, tetapi kali ini hanya juara jadi ia tidak mudah terutamanya beraksi di India. Kami perlu beraksi dengan baik kerana akan ada peluang. Sekurang-kuranya kami boleh memberikan aksi terbaik jika beraksi dengan konsisten." tambahnya.
#Hoki #The Speedy Tigers