Sukan judo berjaya menyumbang tiga pingat emas dan satu pingat gangsa dalam kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) menjadikannya satu kejayaan yang tidak disangka.

Menurut ketua jurulatih, Othman Mohd Nizam Yeo, kesemua atlet yang bertanding berjaya membawa pulang pingat menerusi acara individu dan berpasukan.

Malah, pujian harus diberikan kerana anak-anak buahnya mengekalkan disiplin yang baik sebagai salah satu faktor menggapai kejayaan.

"Kita akan membuat persiapan khas menjelang kejohanan AUG 2026 nanti dan akan menampilkan barisan atlet terbaik untuk mengekalkan rentak kecemerlangan," katanya.

"Walaupun kalah kepada tuan rumah, Indonesia, kami tidak patah semangat malah, terus memperjuangkan semangat tinggi untuk memberikan yang terbaik buat negara," kata atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed.