Skip to main content

Universiade

AUG: Ruslem Zikri, Nani Sahirah idam podium di Surabaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aug.jpg
Dua atlet olahraga kebangsaan, Ruslem Zikri Roseli dan Nani Sahirah Maryata, dinobatkan selaku olahragawan dan olahragawati Universiti  Putra Malaysia (UPM) 2024, dalam Majlis Anugerah Sukan, Selasa lalu.

Pelari 400 meter berpagar kebangsaan tersebut mahu menyemarakkan semangatnya untuk menyasarkan podium pada kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) di Surabaya dan Malang bermula 25 jun ini.

Bagi Nani Sahirah pula, dia berazam untuk memperbaiki catatan rekodnya dalam acara lontar peluru bagi meletakkan dirinya dalam kedudukan podium.

Berbekalkan prestasi memberangsangkan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia pada Ahad lalu, Nani sedang giat berusaha demi menambah baik teknik lontarannya selain mahukan lontaran yang lebih jauh.

"Saya mahu memberikan yang terbaik dan ingin menewaskan pencabar di sana. Saya perlu memastikan teknik lontaran saya dapat memberi ancaman buat lawan saya," kata atlet lontar peluru negara itu.

Advertisement

Must Watch Video