RENANG

AUG: Phee Jinq En enggan terlalu selesa

Muzaffar Musa 18/06/2024 | 13:45 MYT
Menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Indonesia minggu depan, Olimpian negara, Phee Jinq En, enggan meletakkan dirinya dalam situasi terlalu selesa walaupun sudah kali bertanding di pentas Sukan Olimpik.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu dijangka tidak akan berdepan masalah untuk mengungguli acara 100m kuak dada dalam edisi kali ini.
Jinq En, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, berkata: "Saya rasa sedang berada dalam keadaan terbaik, jadi persiapan untuk ke AUG juga amat baik.
"Saya tidak berehat untuk sekian lama, saya boleh katakan dalam setahun ini dan saya baru tahu saya akan ke AUG sejak bulan lalu.
"Jadi, ia merupakan satu bonus buat saya musim ini, jadi saya rasakan saya sudah bersedia sejak sekian lama," katanya.
#Renang #Phee Jinq En #AUG #Sukan Universiti ASEAN
;