Skip to main content

Sukan Lain

AUG: Lompat galah pilihan utama Nor Sarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-sarah-adi.jpg
Acara lompat galah menjadi tumpuan Nor Sarah Adi dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) daripada tiga acara disertainya berikutan kecederaan ringan di bahagian hamstring dialaminya. 

Selain lompat galah, pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 itu turut menyertai acara riben biru dan 4x100 meter.

Atlet 22 tahun yang bakal buat penampilan pertama AUG hanya dapat menyesuaikan diri dengan galah baru dalam tiga sesi latihan terakhir sebelum terbang ke Thailand hari ini. 

"Sudah pasti saya akan buat yang terbaik untuk ketiga-tiga acara yang disertai. 

"Tapi tumpuan utama saya adalah lompat bergalah yang merupakan acara terakhir saya (di Birmingham) dan 100m menjadi acara pertama. 

"Saya menanggung kecederaan ringan jadi saya perlu tetapkan acara yang diutamakan. 

"Bukan (bermakna) saya lepaskan 100m, saya akan tetap berikan yang terbaik tapi saya tahu keadaan sebenar saya. 

"Saya perlu rancang program saya sebab selepas ini, saya akan ke Turki kemudian terus ke Korea Selatan," kata juara Sukan SEA 2021 itu.




Dalam pada itu, atlet karate negara, Arif Afifuddin Ab Malik, menyasar untuk mempertahankan emas yang diraih dalam edisi terdahulu.

Arif Afifudin akan memberi cabaran dalam acara berbeza kali ini, iaitu bawah 75kg berbanding edisi sebelumnya, bawah 67kg.

"Kami meneruskan program Sukan SEA Hanoi Mei lalu. 

"Kami kekalkan corak latihan dengan teknik dan taktik yang sama," katanya pula. 




 

Advertisement

Must Watch Video