“Doa ibu jadi bimbingan saya di sini”
Berikut merupakan ungkapan pemenang pingat perak acara judo atas 78kg, Siti Roha Miszuraini, untuk mengembalikan keyakinannya ketika beraksi dalam perlawanan penentuan pingat perak dan gangsa bertemu atlet tuan rumah, Ike Faradiba Nurjannah.
Sebelum ini, Siti Roha Miszuraini terpaksa akur kepada Indah Permatasari yang juga dari Indonesia, apabila tewas di pusingan pertama namun, mengubah persepsi apabila mengingati pesanan ibunya agar tidak mudah patah semangat.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak memberikan sokongan kepada saya terutamanya tulang belakang saya sendiri iaitu ibu yang mendoakan pencapaian saya di sini," katanya,
Fokus seterusnya kini teralih untuk memperbaiki keputusan tersebut di Sukan Universiti Asean (AUG) 2026 kelak selain meletakkan harapan untuk beraksi di Sukan SEA Thailand tahun depan.