Skip to main content

Sukan Lain

AUG: Azeem akur segala keputusan KOM selepas gagal sambar emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, akur dengan segala keputusan yang akan dibuat Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung perebutan satu slot universal untuk ke Sukan Olimpik Paris yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ini selepas dia gagal meraih pingat emas dalam acara 100m Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya, di mana dia meraih pingat perak dengan catatan masa 10.37 saat -- 0.18 saat di belakang bekas juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.

Azeem berkata dia sebelum ini bergelut dengan isu luar dan dalam trek, termasuk masalah kecederaan, tetapi segalanya kelihatan semakin baik ketika ini. 

Jika KOM mengetepikan namanya, Azeem bersedia untuk menumpukan kepada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak bulan depan.

"Peluangnya 50-50," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Saya bolah katakan yang musim saya masih belum bagus setakat ini.

"Jika dibandingkan dengan Shereen (Vallabouy), dia melakukannya dengan amat baik. Kita semua tidak boleh menafikannya walaupun dia pelari 400m.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya hanya bersedia dan sentiasa positif.

"Andai kata rezeki saya tidak tertulis untuk ke Sukan Olimpik, saya mungkin akan fokus untuk Sukma," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video