Skuad bola baling negara terima kritikan hebat pada 2018 apabila jadi mangsa belasahan dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta tetapi mereka berjaya mengembalikan kecemerlangan dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kejayaan itu buka mata bahawa masih ada sinar untuk sukan bola baling berkembang di Malaysia. Malah, laman sosial Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) dipenuhi ucapan tahniah peminat.
Menurut ketua jurulatih, Muhd Khairul Hafidzin Abd Wahab, anak-anak buahnya memerah keringat selain memberikan attitude yang tinggi untuk membawa cabaran Malaysia mendepani pasukan lawan demi menghasilkan sebuah kejayaan.
Paling manis, barisan pemain yang terdiri daripada kalangan penuntut mahasiswa universiti di Malaysia itu sanggup mengorbankan masa meninggalkan tugasan sebagai seorang pelajar di sebalik berhasil membawa pulang pingat emas untuk negara.
Persiapan skuad bola baling tersebut harus diberikan pujian kerana skuad negara tidak menjalani latihan berintensiti tinggi seperti pasukan lawan yang sudah melaksanakan pelbagai strategi.
Najmi Iman
Wed Jul 03 2024