RENANG
AUG 2024: Phee Jinq En ingin berehat sementara selepas sumbang 1 emas, 1 perak
Perenang negara, Phee Jinq En, mahu melupakan arena kolam renang buat sementara waktu selepas membutirkan satu pingat emas dan satu perak dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024.
Malah, atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu mengakui berpuas hati dengan prestasi dalam temasya edisi ke-21 itu yang merupakan penampilan terakhirnya sebelum berehat sementara selepas mengharungi dua tahun penuh cabaran menjalani latihan serta mengikuti pelajaran.
"Sejujurnya, bagi saya satu emas dan satu perak satu pencapaian yang baik. Saya sudah buat yang terbaik memandangkan sudah mengharungi dua kejohanan berturut-turut setakat ini.
Iklan
"Saya selepas ini boleh dapat tenang sedikit setelah berdepan cabaran dalam tempoh dua tahun dengan melakukan kajian dan latihan. Saya juga tidak akan sambung belajar," kata pemenang pingat Sukan SEA itu.
Sebagai rekod, Jinq En meraih emas menerusi acara 50 meter (m) kuak dada wanita diikuti perak dalam acara 200m kuak dada wanita di Surabaya Malang 2024.
Di Surabaya Malang 2024, Jinq En berjaya melakukan catatan masa terbaik musim ini dalam acara 200m kuak dada menerusi 2:33.89 saat (s).
Kredit: Sinar Harian
Must-Watch Video