Skuad bola baling negara terima kritikan hebat pada 2018 apabila jadi mangsa belasahan dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Malaysia ketika itu kalah semua perlawanan dan yang terburuk ialah 11-64 kepada Qatar di peringkat kumpulan.

Banyak tomahan dilemparkan termasuk larangan untuk Malaysia menghantar skuad bola baling pada sukan bertemasya yang lain.

Tetapi peminat tidak sedar bahawa insiden itu jadi pembakar semangat untuk raih kejayaan lebih besar.

Anak-anak muda yang menyaksikan senior mereka berjuang demi negara, memasang impian lebih besar – untuk mengembalikan semula maruah Malaysia.

Sukan Universiti Asean (AUG) -- juga di Indonesia -- menjadi saksi Malaysia meraih emas selepas menewaskan Singapura 28-26 dalam final.




Kejayaan itu buka mata bahawa masih ada sinar untuk sukan bola baling berkembang di Malaysia. Malah, laman sosial Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) dipenuhi ucapan tahniah peminat.

Apa khabar beberapa pemain senior yang sanggup berhenti kerja demi menyertai Sukan Asia 2018?

Kini maruah itu sudah dibalas.

Teruskan bersama Nadi Arena & Stadium Astro untuk perkembangan AUG 2024.