Skip to main content

Sukan Lain

AUG 2024: Lontar peluru wanita jelmakan dua pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aini.jpg

Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024, sebentar tadi.

Atlet lontar peluru, Nani Sahir Maryata, membutirkan emas pertama saingan hari kelapan temasya dwi tahunan acara lontar peluru wanita sekali gus membarakan misi 35 emas Malaysia pada edisi ke-21 di bumi Surabaya.

Advertisement

Dalam acara yang berlangsung di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA) itu, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) berusia 22 tahun dari Kuantan Pahang tersebut mencatat balingan 15.20 meter (m).
 


Pingat perak juga menjadi milik Malaysia menerusi seorang lagi atlet UPM, Nurrul Ainin Syauqina Mohd Nor Azahar (12.48m) diikuti atlet Filipina juga penuntut University of Santo Thomas, Jamela de Asis (11.69m).

Kredit: Sinar Harian

Must Watch Video