KARATE
AUG 2024: Karate pastikan kontinjen negara capai sasaran 35 pingat emas
Skuad karate menyumbangkan pingat emas ke-35 buat kontinjen negara dalam Sukan Universiti ASEAN di Indonesia hari ini, sekali gus memastikan sasaran dalam edisi kali ini tercapai.
Emas berkenaan diraih menerusi H. Sureeya Sankar dalam acara Kumite B-60 kilogram lelaki selepas seorang lagi sandaran emas, C. Shahmalarani, sekadar meraih gangsa dalam acara kumite B-50 kilogram wanita.
"Saya memang gembira kerana sasaran kita 35 emas dan emas saya membuatkan kita dapat sasaran itu, jadi saya sangat-sangat gembira," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, sebalik dikalungkan emas berkenaan.
Iklan
"Saya memang berkeyakinan untuk melakukannya, jadi saya tidak memikirkan mengenai strategi lawan dan hanya mahu memastikan strategi saya berjaya.
"Akhirnya saya dapat mempertahankan emas saya," katanya.
Must-Watch Video