AUG 2024: Azeem ke Paris, Shereen pulang semula ke Amerika Syarikat

Saufi Tahir
Julai 4, 2024 19:07 MYT
Jaguh 400 meter wanita negara, Shereen Samson Vallabouy, terpaksa akur dan menerima dengan hati yang terbuka selepas namanya tidak terpilih untuk memenuhi slot wildcard ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirainya pada 26 Julai ini.
Dengan keputusan yang diumumkan itu, maka tamat sudah kempen buat Shereen di Malaysia, dan sudah tiba masanya untuk dia pulang ke Amerika Syarikat bagi menjalani latihan seperti biasa, selain mahu mempertingkatkan prestasi peribadinya dengan menyertai beberapa baki kejohanan yang akan datang.
Dia berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) selepas menamatkan saingan 400m dengan catatan masa 53.71s sekali gus menamnbah keloksi pingat buat kem Malaysia di Surabaya, Indonesia.

Shereen Vallabouy dan Umar Osman berjaya bawa pulang pingat emas untuk Malaysia bagi kategori 400 meter di Sukan Universiti ASEAN 2024!??#NadiArena #AstroArena #SukanUniversitiASEAN2024 pic.twitter.com/QfVf0Q27GX

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan terbang semula ke Amerika Syarikat untuk menamatkan musim saya di sana.
"Saya tidak tahu kejohanan apa yang akan saya sertai pada masa akan datang kerana jurulatih saya masih lagi merancang untuk saya.
"Saya akan ke sana kerana jurulatih saya berpangkalan di sana. Lebih mudah untuk kami berkerjasama di sana dan berlatih di sana nanti." katanya.
#Olahraga #Shereen Samson Vallabouy #AUG 2024