AUG 2024: Azeem Fahmi ketuai kuartet 4x100 meter negara raih pingat emas

Najmi Iman
Julai 3, 2024 18:23 MYT
Kuartet 4x100 meter lelaki negara menjelmakan pingat emas keempat negara pada hari kelapan Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA), sebentar tadi.
Gandingan pelari negara yang diketuai oleh atlet sensasi, Azeem Fahmi, jelas merupakan sandaran negara menjuarai acara itu dengan catatan masa 40.10s meninggalkan pencabar utama, Thailand dan cabaran dari tuan rumah, Indonesia.

Olahraga 4x100m; Kuartet lelaki negara sumbang ? ke-4 untuk hari kelapan saingan AUG.#AUGSurabaya2024@ASTROARENA pic.twitter.com/CoTppz7POc

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) July 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Secara keseluruhannya kami bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang kami raih hari ini, kami berjaya lakukan.
"Gol kami adalah untuk sumbangkan pingat untuk Malaysia, terima kasih kepada rakan sepasukan saya Rahimi, Alif, Taqif kerana saya rasa ini adalah pelari terbaik di pentas ini." kata Azeem Fahmi.
#Malaysia #Azeem Fahmi #AUG #Sukan Universiti ASEAN #4x100 meter