Skip to main content

Olimpik

Au Revoir Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alice.jpg

Selepas 17 hari Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung, akhirnya temasya berprestij dunia itu telah melabuhkan tirainya pada awal pagi Isnin. 

Sebagai individu yang mengikuti perkembangan Olimpik dari hari pertama menerusi program Shopee De Paris dan Pentas Tumpuan di Astro Arena, banyak memori yang tercipta walaupun hanya berada di Malaysia. 

Advertisement

Dan sepanjang pertandingan empat tahun sekali itu berlangsung, banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. Antaranya ketika menyaksikan perlawanan penentuan pingat gangsa menerusi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bertemu pasangan Denmark. 

Selain itu, pelbagai gelagat dipamerkan rakan sekerja yang mencuit hati. Geram, marah dan sebagainya. 

Tidak dilupakan juga rasa terkilan dengan insiden yang menimpa Datuk Azizulhasni Awang yang terlepas pingat emas pertama negara selepas penyertaannya disaringan pertama dibatalkan sekali gus memberi tamparan hebat buat The Pocket Rocketman yang tampil buat kali terakhir di pentas tertinggi dunia itu. 

Namun disebalik insiden tersebut, saya kagum dengan semangat dan kata-kata motivasi dari seluruh rakyat Malaysia yang membanjiri ruangan komen laman sosial media Datuk Jijoe dengan pelbagai mesej positif dan sokongan moral. 

Walaupun Malaysia sekali lagi keempunan pingat emas pertama negara tapi banyak pengalaman dan pengajaran yang dipelajari diedisi kali ini dan semoga edisi empat tahun akan datang ramai lagi atlet negara akan menyertai temasya ini. 

Merci Paris, see you Los Angeles 2028. 

Must Watch Video