Skip to main content

Sukan Lain

ATP Akhir: Djokovic rangkul gelaran keenam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

novak-djokovic_orimzvleodnyzxhisn79lhd2.jpg
Novak Djokovic menamatkan tahun penuh pergelutan dengan prestasi yang menakjubkan dengan mengatasi Casper Ruud untuk memenangi perlawanan kejuaraan di ATP Akhir, semalam.

Pemain yang tidak dibenarkan beraksi di Terbuka Australia awal tahun ini selepas enggan mengambil vaksin serta memiliki masalah visa, kemudian enggan memasuki Amerika Syarikat, berjaya merakamkan kemenangan 7-5, 6-3 ke atas Ruud.

Ia merupakan gelaran yang keenam buat Djokovic di ATP Akhir, menyamai rekod Roger Federer, dan pada usia 35 tahun dia merupakan pemain tertua kejohanan. Federer sebelum ini memerupakan pemain tertua pada usia 30 tahun ketika memenangi gelaran pada 2011 di London.

Kejohanan itu kemudian telah berpindah ke Turin, dan Djokovic memperoleh wang hadiah bernilai ASD4.74 juta serta masih lagi kekal sebagai pemai yang diatasi setiap kali dia membuat penampilan dalam sebarang kejohanan.

 

Advertisement

Must Watch Video