Skip to main content

Sukan Lain

Atlet wanita berstatus Olimpian digantung selama empat tahun positif ujian doping

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maryna.jpg
Seorang atlet Olimpik telah digantung selama empat tahun selepas diuji positif penggunaan bahan terlarang.

Maryna Bekh-Romanchuk, bintang trek dan padang Ukraine, mengembalikan keputusan positif daripada ujian pada 7 Disember tahun lalu.

Atlet berusia 30 tahun itu telah bertanding di Sukan Olimpik tiga kali dan juga pernah memenangi pingat perak di Kejohanan Dunia untuk lompat jauh dan lompat kijang.

Bagaimanapun, Unit Integriti Olahraga (AIU) telah melarangnya selama empat tahun selepas memberinya tempoh sehingga 10 Ogos untuk membuat pengakuan, yang mana dia akan diberi pengurangan selama setahun.

Bekh-Romanchuk telah menafikan doping, mendakwa bahawa tahap testosteronnya disebabkan rawatan yang yang diterima. Dia masih boleh merayu terhadap larangannya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Bagaimanapun, AIU, yang pada asalnya mengumumkan kes itu pada Mei, berkata dia belum membuktikan tuntutan perubatannya.

Selepas membuat penampilan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dalam final lompat kijang, dia dijangka terlepas Los Angeles 2028.

Disebabkan larangan hanya akan tamat pada Mei 2029, dia juga akan terlepas dua lagi kejuaraan dunia.

Advertisement

Must Watch Video