Skip to main content

Sukan Lain

Atlet taekwondo Iran terkorban, jadi mangsa serangan Israel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iran-taekwondo.jpg
Seorang atlet taekwando remaja maut dalam serangan Israel ke atas Iran, lapor media Iran semalam.

Persekutuan Taekwondo Iran mengenal pasti mangsa sebagai Amir Ali Amini, menurut Persatuan Taekwondo Wilayah Fars.

Kematian itu menambah korban awam akibat serangan Israel, termasuk 20 kanak-kanak antara 60 orang terbunuh apabila serangan udara melanda Kompleks Shahid Chamran Nobonyad di timur laut Tehran.

Tentera Israel melancarkan operasi 'Rising Lion' pada hari Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear Iran dan tapak tentera, membunuh enam pegawai kanan tentera Iran.

Iran bertindak balas dengan operasi 'True Promise 3', melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke sasaran tentera Israel.

Serangan Israel berterusan pagi Sabtu, melanda Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran dan beberapa bandar di seluruh Iran.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Iran berkata serangan akan berterusan 'sehingga rejim Zionis penjenayah menyesali' tindakan mereka.

Sumber: iranwire.com

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video