Skip to main content

Sukan Lain

Atlet olahraga negara positif doping

adamas.jpg
Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mendedahkan terdapat atlet yang bertanding di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 Februari lalu didapati positif ujian doping.

Difahamkan atlet yang beraksi dalam acara lompat tinggi positif bahan terlarang jenis sibutremine yang dikesan dalam kejohanan yang berlangsung di Trek Olahraga Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengesahan mengenai perkara tersebut dimaklumkan ADAMAS selepas keputusan sampel ujian dari makmal Anti Doping Doha, Qatar mengesahkannya dengan sibutremine  tersenarai sebagai bahan terlarang di bawah Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Atlet akan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan sehingga proses pendengaran diumumkan kelak.

Dalam tempoh ini, atlet berpeluang untuk mempertahankan diri dan kemukakan sebarang bukti sebagai menyokong pembelaan nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video